Puisi make me better after Al-Quran

Tuesday 4 October 2016

Everything New

Mungkin aku dah boleh redha dengan ketentuan Ilahi. 
Mungkin aku dah boleh positivekan diri. 
Mungkin aku dah tak stress dengan karenah manusia.
Mungkin aku dah start lali dengan ragam manusia. 

Aku rindu hati aku yang dulu. Terima kasih kembalikan hati aku, Ya Allah :) 
Tahun baru hidup baru buku baru azam baru mind set yang baruu. Salam Maal Hijrah 1438 :*

Gian

Saat jari jemari merindui keyboard untuk menaip. 
Tikar itu idea tidak ada untuk menceritakan apa apa.

Blur sungguh blur. 
Atleast aku menaip bagi melepaskan gian. HAHAHAHA!

Monday 3 October 2016

Talam Dua Muka 2

Makin kita mengenali seseorang itu,
Makin banyak kita kenal kelemahan dia. 

Saat itu bermula la talam dua muka manusia yang mula berbicara mengenai seseorang yang mereka tidak suka. 

Friday 2 September 2016

Gembira Nangis

Saat aku gembira dengan duniawi,
Aku lupa pada Ilahi.
Pabila diuji oleh Ilahi,
Baru ku menangis mengadu kepada Ilahi. :')

Syukur atas kesakitan yang diberi.

Tuesday 30 August 2016

Hipokrik

Setidak tidaknya aku taksuka orang aku tunjuk.
Setidak tidaknya aku jujur aku pernah kutuk dia.
Setidak tidaknya aku taksenyum depan dia.
Setidak tidaknya aku tak hipokrik.
Setidak tidaknya aku slow slow terima dia dalam hidup aku.


Friday 26 August 2016

Attitude

Kita takboleh ubah seseorang kerana kita tak suka attitude dia. 
Kita yang kena ubah diri kita, hati kita, mind set kita untuk terima attitude orang lain.

Lain orang, lain sikap, lain cara didikan. 
Try and try positive dengan attitude seseorang walaupun annoying menyakitkan hati kita. 

Pemaaf

Aku belajar untuk menjadi seorang pemaaf.
Untuk aku lebih tenang tiada dendam.
Untuk aku lebih bahagia dengan hidup ku.

Bukan niat aku untuk tidak menegur orang setelah apa mereka lakukan.
Biar la ia menjadi kenangan pahit yang sangat perit.
Biar aku move on membawa diri.

Supaya tidak berlaku untuk kali kedua.
Maaf andai kini aku bersikap dingin.

Thursday 25 August 2016

Tidur

Jangan pernah penat dengan ujianNya 

Saat manusia lena diulik mimpi,
Aku melayan perasaan yang semakin serabutkan kepala otak.

Aku cuma ingin berehat seketika.
Tidur yang panjang tanpa gangguan manusia ( Koma )

Aku penat dengan ujian Ilahi.
Sunggu aku tak tipu.

Wednesday 24 August 2016

Tengking

Aku pernah kena marah.
Aku pernah kena rotan.

Tapi aku tak pernah ditengking.
Tak ada sesiapa pernah tinggi suara.

Aku gembeng. Aku manja.
Aku salah tegur cara sewajarnya.
Bukan tinggi  suara.

Tapi seumur hidup aku, aku takpernah kena tengking.

Tuesday 23 August 2016

Hujan

Langit jugak menangis seperti aku. 
Lebat air mata langit, 
Lebat lagi air mata aku. 

Moga aku terus kuat dan kuat. 

Mengadu Mengutuk

Manusia kini taksama seperti dulu.
Manusia kini takboleh beza mana mengadu dan mengutuk.
Mengadu dan mengutuk menjadi satu,
Bila percayakan seseorang yang jugak berkawan dengan orang tu jugak. 
Hati hati, takut orang kepercayaan kau juga manusia talam dua muka.
Penyampaian orang berbeza. 
Ada di tokok tambah. 

Monday 22 August 2016

Kurang selesa

Kadang aku selesa.
Kadang aku kurang selesa.

Jadi mohon, jaga diri sendiri.

Give up

Kadang aku give up.
Kadang aku menjerit.
Kadang aku menangis.

Aku mencari semangat yang baru,
Semangat untuk aku terus bangkit dan maju.

Rindu

Moga aku kuat simpan rindu ini.
Moga aku terus bergembira sehingga Raya Haji
Moga aku terus stress dengan assignment.

Moga malam ini aku mimpi mereka seperti pagi tadi.
Moga Allah sampaikan rinduku pada orang di Johor. :')

Janji

Kau kata kau sayang aku.
Kau kata kau taknak kehilangan aku.
Kau banyak buat janji dengan aku.
Tapi kau mungkir semua janji kau hanya kerana dia. 
Kau sayang siapa?

Kau layak pilih siapa terbaik dalam hidup kau.
Aku undur diri dan redha.
Aku yakin semua ini ada hikmah.
Moga kau berbahagia dengan dia.
Moga janji baru kau bersama dia,
Kau takkan mungkir buat kali kedua. :')

Sunday 21 August 2016

Kepercayaan

Orang kadang kadang takkan percaya kita.
Tapi bila ada yang percaya kita,
Jangan hancurkan kepercayaan seseorang itu.

Jaga elok elok.
Kepercayaan 100% itu tak akan dapat untuk peluang kedua kalinya,
Jaga.

Suami Isteri

Kadang kadang setiap petang oncall dengan ayah atau whatsapp dengan ayah, 
Tanya ayah buat apa, jawapan ayah " Baru lepas jogging "

Tertiba terdetik, 
Suami kalau duduk sebumbung dengan isteri,
Lemak dibadan semua dikumpulnya. HAHAHAHAHA!
Bila duduk membujang tanpa isteri,
Baru la mula nak diet. 

Air tangan isterikan " win " 
Tidak dimakan kecil hati seorang isteri. 

Selamat berdiet buat manusia yang kini sedang berdiet. :P

IPT

Zaman IPT tak seindah bicara.
Zaman IPT buatkan kau stress.
Zaman IPT buatkan kau tak cukup tidur.
Zaman IPT banyak assignment.
Zaman IPT tak macam zaman sekolah menengah.

Tapi zaman IPT tempat kau berjumpa dengan ragam manusi.
Tempat dimana kau diuji dengan karenah manusia yang kau tak biasa.
Dan terselit kenangan bersama suatu hari nanti.

Rindu

Aku rindu saat aku jatuh.
Aku rindu saat kau capai tangan aku.
Aku rindu saat kau ada bersama aku.
Aku rindu saat kau disamping aku.
Aku rindu saat kau mendengar cerita ku.
Aku rindu saat kau habiskan masa kau bersama aku.
Aku rindu saat kau memberi semangat padaku.
Aku rindu.

Terima kasih kerana masih bersama aku,
Susah senang,
Tawa hiba,
Gelak tawa bersama aku.

Terima kasih atas anugerah ini Ya Allah. :')

Saturday 20 August 2016

Kawan

Aku sedikit pun tak memilih dengan siapa aku nak berkawan.
Aku go on je cuma kadang kadang aku ikut instinct jugak.
Ofc percaya pada instinct, mesti layan orang acuh tak acuh.

Bukan nak menghukum orang tapi kadang instinct betul dan tepat.
Dia taknak kau tersalah kawan.
Dia taknak kau sesat dalam berkawan.
Jadi tanam dalam diri, kadang kita kena percaya pada instinct kerana tak semua orang percaya pada instinct. :)