Terasa sedihnya,
Terasa kehilangannya,
Terasa semua tu.
Hari guru bersama guru yang diri sendiri tak kenali.
Hari guru tanpa nama guru yang aku sayangi.
Hari guru tanpa selfie bersama pendidik yang aku sanjungi.
Hari guru pertama tanpa pendidik yang boleh dijadikan kawan, mak dan jugak kakak.
Cuba untuk tidak kisah kerana di mana aku menuntut ilmu, sejauh mana aku tinggalkan pendidik, selagi aku hidup nama pendidik sentiasa dalam doaku. In Shaa Allah sentiasa dalam ingatan. Siapa pun pendidik aku, moga aku ikhlas menerima pendidik baru dan juga ilmu yang diberi tanpa merungut dan mengeluh.
AKU CUBA!
Selamat hari guru buat pendidik yang tak jemu memberi ilmu kepadaku. Moga kalian sentiasa berada di dalam lindungan-Nya.